Princess Princess: March 2012

Friday 30 March 2012

berwajah baru...:)


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

cantik x blog aku yg br nie???
dulu blog aku warna pink..tapi skrng, warna hijau + putih plak..
sebenarnya.. mmg aku suka warna hijau gan putih nie dri dulu lagi.. tapi masa nk buat blog dulu x tahu nk ubah camne coz tulisan dia warna pink.. x tahu nk ubah kat ne tulisan 2... trima je la blog aku warna pink... huhuh
tapi nasib baik ada kwan aku sorng nie... dia pndai edit2 blog.. coz dia pun ada blog jgk.. hhehe...
dia la yg tkar blog aku nie jdi warna hijau gan putih coz dia tahu aku suka warna hijau 2... 1 lagi coz aku duk bisng2 kat dia sruh tlng tukar.. hahhahhaha

korng tahu x ape rahsia di sebalik warna hijau n putih nie??? kpada sesiapa yg minat warna hijau mesti tahu kn.. btl x??
k la.. kpada sesiapa yg x tahu 2, aku nk kongsi2 la sedikit info nie...

warna hijau...

1. mereka yg meminati warna hijau biasanya mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

2. Memandang warna hijau boleh membantu kesihatan mata.

3. Hijau adalah warna yang disukai oleh Rasullah s.a.w.

4. sayuran hijau lebih baik berbanding sayuran putih.

5. Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

6. seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

7. melambngkn adanya 1 keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. mempunyai keperibadian yg tegas, berprinsip dan berkuasa. warna ini mempunyai sifat rasa bangga, perasaan lebih hebat, dan mengatasi org lain. org yg meminati warna hijau nie, biasanya suka dipuji dan mudah menasihati org lain.

8. lelaki yg meyukai warna hijau biasanya seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

9. warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

10. Wanita yang suka warna hijau adalah seorang yang subur dan damai,cintakan kebahagian,tidak suka perang,patuh pada agama,teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

11. menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

12. seorang yang tenang dan tak banyak kerenah tetapi memiliki sikap yang cemburu, romantik dan baik hati orangnya.

13. Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.


warna putih....

1. bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

2. seorang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

3. lelaki yg meminati warna putih melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

4. jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

5. seorang yang amanah dan jujur orangnya.

6. Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan, ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan.

7. Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna puteh ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

so, itu je info yg aku dpt.. hehhe kalau korng ada yg nk tmbh, sila2 kan komen k.. aku sngat mengalu2kn...
k lah.. jumpa di lain masa..
assalamualaikum...:)
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Thursday 22 March 2012

smuanya dah terjawab :)


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

kepada sesiapa yg dh membaca entry yg bertajuk "cintailah orng yg mencintai kita????" mesti akan fhm dgn apa yg aku nk smpaikan dalam entry nie... kpada sesiapa yg blum mmbcanya, sila2kan ok... hehhehe

bnyak persoalan yg tiada jwpan dlm enttry 2.. masa 2, aku sndiri x tahu, ape jwapan dia.. skrng, smuanya dh terjwb.. dh terungkai dgn sndiri...
btl la kata org, rahsia kita x kn bleh simpan smpai bila2.. ia akn tetap menjelma cuma masa yg mnentukn..


slepas perpisanan 2 terjadi, persoalan yg ada dlm kpala aku nie adalah "why??"
smpailah pada suatu hari....

mlam 2, aku x tahu knapa... korng pernh rasa x mcm tiba2 nk nangis?? tiba2 je rasa sedih... rasa mcm ada somthing yg x kena... ada ssuatu yg hilang dlm hidup kita.. pernh x???
mcm 2 la perasaan aku pda mlm 2....
n disbbkan aku rasa mcm 2, so aku xleh lelapkn mata aku ni..
dh la time 2, aku dlm minggu final exam.. esoknya aku ada paper, tapi disebbkn ketensionan mlm 2, aku x leh stdy.. smua bnda x jln.. bca je lupa.. lupa je bc blik.. asal bc je lupa balik.. huuhuhuh.. so, aku ambik keputusan nak online kejap... hehhehe.. chat2 gan kwn2 jap.. mn la tahu kot2 bleh hilng kn rasa sebak di hati nie...

msa duk tgh chat dgn kwn2 tu, ada la slah sorng kwn aku nie yg bertnya kn tntang si dia.. cmna aku gan dia skrng.... tgh borak2 sal lelaki 2, tetiba kwn aku nie bg 1 link kat aku...
cuba korng teka... link apa yg kwn aku bg 2???
hehheheheh....saspen x??

sbnrnya, kwn aku 2 nk tnjukkn 1 gmbr kat aku... gmbar lelaki 2 gan pempuan lain... siap love2 lagi... kata2 cinta pun ada kat gmbr 2.. cntik la jgk.. wrna pink.. bju yg diorng pkai pun sedondong.. color pink gitu.. hehhehe

aku x kisah dia nk bercinta gan sape2 pun coz aku tahu yg aku gan dia dh x pe ape2... tapi aku kisah bila aku dpt tahu yg sbnrnya dia gan pmpuan 2 dh bercinta sblum dia muncul dlm hidup aku lagi.. korng fhm x ape mksud di sbalik nie??? maksudnya, aku dipermainkan... kna tipu hdup2... aku nie mngkin sbagi pngnti kalau2 hbngan diorng terputus di tgh jln... mybe la.. aku main teka je, coz bila aku mintak dia bg pnjelasan, dia snyap je... so, it my conclusion.. hehheheh

aku ingat lg masa aku tgh b'cinta gan dia.. dia mrh sngat lau aku tag2 nma dia kat fb... apatah lg nk buat status "in relationship".. aku pun x suka wat mcm 2 tpi x de la nk tnjuk aku x suka sngat buat mcm 2... smpai nk wrning2...
pernh skali aku saja je nk bergurau gan dia.. aku ckp mcm nie je pun... "nti bka fb k"... hehhehe.. krng tau x ape reaction dia.. dia mrh aku x tentu psal... aku pun x fhm np.... dulu la... tapi skrng aku dh fhm smuanya... n status dia gan pmpuan 2 skrng "married"....

bila aku ingat2 blik.. kelakar jgk.... np la aku bleh syg dia.. tpi 2 la cinta sbnrnya.. x knl rupa, hrta.. aku syg dia masa 2 sbb dia.. haha.. tapi last2 jadi mcm nie jgk....


bila aku dpt tahu smua nie... dgn sndirinya air mata aku mengalir bgaikan air sungai yg deras..(over nya...hahhaha)...
tapi seriusly time 2, aku rasa sdih yg teramat.. sakit sngt... mcm ada org duk tikam2 je jntung aku.... sape2 yg pernh rasa... krng tahu kn cmne perasaan aku time 2... sedih sngt bila dpt tahu dr awl smpai akhir, aku ditipu...

dulu, aku pernh myakiti... mungkin ini ada lah blasan untuk aku atas smua yg aku dh buat dulu...
dgn kesedihan yg aku alami, memang sah2 la aku xleh study mlm 2... aku ingin mncari ketenangan... masa 2, kwn aku bgtau, "kau maafkan dia.. insyaAllah, kau akan tenang"...


korng bleh byg x.. dh la dia tipu aku.. buat aku skit ati.. tinggl aku mcm 2 je... pnjelasan pun x nk bg... last2, kwn aku sruh aku maafkan dia... ape perasaan korng???

hehhehe.. tapi aku ttp aku.. wlaupun aku tgh mrh, tapi kwn aku 2 x de buat slah pun gan aku.. x kn aku x pasal2 nk marah kat dia...

lpas chat gan kwn aku 2.. aku ambil wuduk.. smbhyang hajat.. lpas 2.. aku redha, aku pasrah, terima smua nie seadanya, think positif, fikir sal family, kwn2, pelajaran aku, n kehidupan aku... dia bkn segalanya bg aku.. so..
aku maafkan smua yg dia buat kat aku.. aku maafkan dia... n.. u know what... aku dh tenang skrng... btl ape yg kwn aku ckp... bila aku maafkan dia dgn ikhlas... ketenangan 2 akan dtg...


Ya Allah...
lembutkanlah hati org2 yg pernah aku zalimi spaya mereka sedia memaafkan ku.. sepertimana Engkau tlah lembutkan hati ku untuk memaafkan mereka yg menzalimiku..

p/s:
1. jgn ckp kat Allah yg kita ada masalah.. ckap kat masalah bahawa kita ada Allah Yang Maha Segalanya...

2. maaf kan sesiapa yg pernah berbuat salah gan kita.. mereka pun manusia biasa yg x bleh lari dri melakukan kesilapan... macam kita jgk.. kita x selalunya btl n mereka x selalunya salah..


Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Thursday 15 March 2012

jika itu adalah sebuah kesedihan


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Namun,

Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...

p/s: lindungilah kesedihan dgn senyuman...meskipun di hati penuh dgn kelukaan..
kerana ketabahan menghadapi dugaan dan ujian menunjukkan kita mempunyai iman


Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Friday 9 March 2012

....biarkan ia berlalu.....


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


heheheeheh... itu lirik lagu "cerita hati" dari Hafiz Hamidun....
kalau korng pernah dgr lagu nie, mesti korng tahu...
lau yg x pernh dgr 2, cuba la klik2 di youtube k... hehhehe

cuba korng hayati lirik tu baik2... ada sesuatu yg tersirat n trsurat kat dlam lirik tu...
macam yg korng tau.. masa sentiasa berjalan.. x pernah berhenti walau sedetik.. bagi mereka yg leka, dia akn terus memikirkan perkara2 yg lepas... berbeza plak bg mereka yg sedar akn smua 2.... mereka akn biarkan smua pristiwa2 itu, berlalu bgai sungai yg megalir tenang di atas muka bumi nie....

setiap org akn melalui satu perjalanan hidup.. x kisah la, manis ke, masam ke, pahit ke, tawar ke n yg sama waktu dgnnya... tapi, yg pasti, manusia nie, xkn lari dr masalah... sebnrnya, masalah 2 la yg mematangkn kita.. maslah jgk bleh memusnahkan diri kita kalau kita sendiri yg gagal megawalnya..

selepas mslah 2 selesai, lngkah yg terbaik ialah biarkn maslah 2 berlalu..pergi bersama masa yg x kn mungkin dpt di undur balik.. ambillah sebnyak mungkin pegajaran dr maslah 2...

kadangkala...ALLAH hilangkan mentari...kemudian DIA dtgkan guruh..puas kita menangis..mencari di mana mentari kita..rupa-rupanya ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yg indah..


Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Thursday 8 March 2012

....wahai sekeping kertas...


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

pelik x dgn tjuk entry nie??? mesti [elik kn.. coz nie blogger, kn kertas..hhahahahahahahaah...
ok3.. sbnrnya.. aku nk citer kat korng cmne perangai aku dulu time xde blog nie..
hekhekhek..


dulu, time aku x tahu ape itu blogger.. kertas la teman sejati aku.. saat aku sedih, gembira n time x de perasaan pun, kertas 2 still setia gan aku...smpai la skarng n masa akan dtg.. walaupun blogger tlah aku jajahi, tapi aku xkn lupakan jasa dia kat aku slama nie...

pernah suatu ketika.. masa 2, aku tgh mrh pasal ape entah.. lupa.. hehhe
aku ambil sekeping kertas n aku tulis je ape yg aku rasa time 2... lepas 2, aku gumpal2 n koyakkan kertas 2.. time 2, aku rasa puas sangat coz aku dpt luahkan perasaan aku.. wlaupun, kertas 2 x bleh berckp, x bleh dgr pun ape yg kita ckp... tapi, dia bleh jadi kwan yg paling setia....disaat xde seorng pun yg ingin dgrkan kita..


aku nie x pndai nk luahkn perasaan aku kat org lain. sebab tu lh aku lebh suka luahkan kat kertas... so, aku ada la satu buku.. nk ckp dairi 2, x jgk coz, dairi kn org tulis tiap2 ari... tapi aku, bila aku rasa ada something yg x terluah dgn kata2, aku akn taksirnya kat dlm buku 2... mcm2 ada... sedih, gmbira, x puas hati, n serabut pun ada... hahhaha..

aku rasa itu lbih baik...daripada aku terus memendam rasa...
jika aku trus pendam, akan smpai suatu tahap, hati aku akn meletup... n mybe time 2, smuanya akan kucar kacir.... stuju x dgn pendapat aku nie???

walau ape2 pun... tempat mengadu yg paling terBAIK ialah, kita mengadu kat ALLAH YANG MAHA MENDENGAR... disitu, kita akan rasa satu ketenangan dan kedamaian yg indah sngt...disaat kita ada msalah, sujuk lah, berdoalah, menangislah memohon pertolongan-NYa, luahkan segalanya kpada Dia... insya'Allah, Dia sntiasa mendengar suara hmba-NYa yg memohon hanya kepada-Nya...



setiap maslah, ada peyelesaiannya.. bnyak cara untuk berjalan tenang merentasinya...
jgn ambil jalan singkat yg akhirnya akn mnghancurkn diri kita sendiri... melakukan sesuatu dalm keadaan tenang akn menberikan hasil yg baik dan gmbira... tetapi, jika peyelesaian tu dibuat dlam keadaan mrh dn terburu2, tmbah serabut dikepala... korng smua mesti dh bleh agak kn ape yg akan berlaku... masalah 2 x kn selesai mlah mungkin akan lagi teruk...

renung2kn....:)
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Wednesday 7 March 2012

behind the smile....:)


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

korng fhm x ape maksud disebalik tajuk untuk entry kali nie???
kalau yg senyum2 tu, mesti fhm kn maksud dia...
ok la.. kita straight to the point je la k.. huhuhu

kali nie, aku nk kongsi satu cerita dgan korng smua...
aku ada seorng kwn.. dia baik sngt.. redha je dgn ape yg berlaku kat dia...
tapi, siapa yg tahu sbnarnya ape yg ada dlm hati dia...dia sedih ke, gmbira ke,.. kita x tahu.. yg kita hnya nmpk snyuman yg terukir kat wajahnya..

tadi dia ada citer kat aku sal dia jumpa ex dia dulu... skrng ex dia 2 dh ah orng lain.. aku tahu hati dia sedih sngat... tapi, saje je xnk tunjuk... aku respect r kat dia coz mampu terima smua 2...(klau aku la, tgh jln2 tetiba jumpa plak gan ex kita tgh bersama org lain, mmg hncur r hati aku..xde mknenya nk snyum2..hehheh)
tapi kawan aku nie, still bleh berbual, suka2 gan ex dia... aku tahu, masa 2 perasaan dia mcm dlm gmbr kat bwh nie...


di sebalik senyuman dia, terselik perasaan sedih yg xdpt ditaksir oleh org lain... xdpt terluah oleh kata2.. tapi dia tetap tersenyum.... tersenyum untuk meyembunyikan kesedihannya...

aku hrp, suatu hari nti, dia akn jumpa dgn seseorng yg mampu membuatkan dia tersenyum dlm hati dia... seseorng yg mampu buat dia tersenyum tanpa sedikit pun kesedihan dlm hati dia...


teruskan tersenyum duhai sahabat...
aku sntiasa ada disamping mu..
kawan2 mu sntiasa bersama mu..
family mu, x akn pernah meninggalkan mu..
hilangkan kesedihan mu..

p.s: aku suka pantun yg kau reka untuk aku..:)..hhehhe.. thanks..

cantik bagai itulah sifat dirimu,
sifat yg indah sukar dikata,
dalam hutan kita bertemu,
saling bersama berkongsi cerita.

sungguh kemas ayaman rotan,
dianyam seni dgn jari jemari,
dalam 3 hari menawan hutan,
pelbagai ilmu dapat dipelajari,
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Tuesday 6 March 2012

Sesungguhnya..Engkau Maha Mengetahui...


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

"ish... knapa la jadi macam nie??
nape pemohonan kolej aku x diterima plak???
nie smua slah makcik yg kerja kat pejabat kojel 2 la.. aku nk hntr kad aktivi, xnk plak dia ambik.. tgk.. aku dh x dpt kolej dh.. heeee.. geram btl la..."

selepas buat rayuan...

"yesss... akhirnya xpayah aku susah2 cari rmah sewa.. nasib baik dapt jgk kolej... hhehehe..hmmmmmmmmmmmm.......tapi............
nape kat sini??? aku nk duduk dekat dgn kwn2 aku.. yg diorng letak aku kat sini knapa??? mcm la kat sana x de dh bilik kosong... belambak kot.. tapi.. nape kat sini jgk aku dpt..
huhuhuhu
x puas hati la lau mcm nie..."

hahhahaha.... mcm tu la aku dulu time nk masuk sem 3... xpernh nk fikir pnjang... n fikir ikut suka hati je... aku x pernh nk fikir positif tentang smua yg berlaku...
first time aku tinggal kat bilit baru aku 2, memang aku x suka.. asyik rindu je kat bilik lama..sbb bilik lama 2, dkat dgn kwan2 yg rapat..bilik baru aku tu pulak, jauh sngat dr mereka.. aku nie jenis yg x bleh hidup sorng2.. lau nk pergi mn2, mesti kena berteman...tapi nasib baik la, aku x keseorngan kat sana... ada sorng member aku nie yg senasib dgn aku... dia la yg sntiasa gan aku.. g kelas sama2.. mkn sama2.. hahhaha...dr x rapat sangat trus jd rapat...

masa aku tgh kecewa dulu sbb x dpt bilik dkt gan kwan2, aku terbaca satu ayat..ayat 2 buat aku jadi kuat n x sedih2 ag... ayat 2 smpai skarng aku ingt.. n ayat 2 la yg meyedarkan aku tntang hikmah disebalik smua yg berlaku... ayat 2 mcm teguran dr Yang Maha Peyayang untuk aku bahwa aku masih ada Allah yg sntiasa ada dgn aku... Allah Yang Maha Megetahui...

selepas beberapa lama kat bilik baru 2... aku dh boleh jalan sorng2, xperlu berteman.. fikir sorng2.. lau dulu.. mesti aku akn tnya kwn2 dulu.. coz aku x yakin dngan diri aku sndiri...

tapi skarng, ape2 yg aku buat, aku dh bleh fikir sndiri.. mn yg baik n mn yg buruk.. tapi kdg2, aku ada jgk tnya2 diong coz kita perlukan pendapat dn pndngan org lain jgk.. btl x???

dulu aku takut untuk pegang sebarng jwtan.. tp sekrng, aku salah seorng jawatankuasa pewakilan kolej.. aku pun first2 tu mmg x pecaya aku bleh terfikir nk mohon jwatan 2, tapi alhamdulillah, akhirnya aku terpilih..

hidup aku skrng berbeza mcm ape yg aku byngkan dulu... skrng aku lebih matng, lebih fokus, lebih ramai kawan.. n lebih yakindgn diri aku sndiri..

ayat yg aku mksudkan 2 adalah ayat yg dipetik dri dlam Al-Quran..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu memcintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
surah al-Baqarah, ayat 216.

renungi la ayat itu.. bnyak makna di sebaliknye...
ayat 2 membuatkan aku berfikir.. dan mmbuatkan aku senang dan tenang menjalani kehidupan aku skrng...mengajar aku untuk berprasngka baik terhadap Pencipta ku..
Dia Maha Pengasih..Dia Maha Penyayang..kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya..
andai kamu tgh diuji... bersyukurlah.. kerana itu bermaksud, Dia menyayangi mu..
ingatlah Dia disaat senang dh susah.. Dia sntiasa dngan kita..

:)
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Monday 5 March 2012

cintailah orng yg mncintai kita????????


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



mesti korng pernah dengar kan ayat nie...
"cintailah org yg mencintai kita"
btl x????

orng cakap.. kalau kita mencintai orng yg cintakan kita.. kita x kan disakiti..coz, dia sayangkan kita.. dia x kan curang..
berbeza kalau kita mencintai orn yg kita cinta.. kemungkinan untuk disakiti, sngat besar.. coz kita tak tahu yg dia pun cintakan kita mcm kita cintakan dia ke x.. btl x??

dulu aku percaya dgn smua 2.. tapi skarg smuanya dh berubah..
dulu... aku mencintai seseorng yg katanya mencintai aku..
daripada aku tak kenal dia.. tetiba dia hadir dlm hidup aku.. megatakan yg dia mencintai ku.. meyayangi ku.. dan berjanji tak akan pernah meninggalkan ku..

disaat awal kemunculannya.. aku seakan tidak percaya dngan kata2 nya..
aku takut untuk menerima cintanya krana aku pernah melukai hati org yg pernh aku syng... aku takut aku akan meyakitinya... tetapi, selepas aku berfikir.. aku pun buka pintu hati aku untuk dia..

selepas dia cuba untuk buat aku mencintainya seperti mana dia mencintai aku, akhirnya dia berjaya..
aku terlalu syg kan dia...
sntiasa nk ambil tahu tentang dia..
sentiasa nak dngar suara dia..
tapi kenapa disaat hati aku dh terima dia seadanya, dia pergi meninggalkan aku??
kenapa???

saat itu, aku berfikir... ape yg dh aku buat?? apa slah aku??? knapa dia buat aku mcm nie??? org ckp, lau seseorng dh sygkn kita, dia x kn tinggalkan kita...mungkin aku silap dlm mentaksir sesuatu... mungkin aku silap dlm perhitungan...entah la.. aku pun x tahu..

so, skrng nie.. aku dh mlas nk fikir smua tu...
single lebih baik kot...
kalau x de lelaki pun dlm hidup aku, aku ttp bleh truskan hidup.. mybe better dripada ada lelaki..
bukan aku nk ckp yg aku x perlukan lansung.. tapi... skang nie.. mybe aku x leh terima sesiapa... tunggu je la sape2 yg berjaya buat hati aku terbuka balik.. huhuhuh

skang tugas aku just study.. bljr elok2..
biar aku dpt ubah nasib family aku.. lapes 2, bru bleh fikir pasal bnda2 nie..

soooooooooooooooooooo.... smileeeeeeeeeee..
:)
snyumlah.. kerana senyuman yg ikhlas dari hati.. mampu mgubati hati org yg sdang sakit...

doakan aku jumpa gan org yg btl k nanti... bye2..
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

Sunday 4 March 2012

aku adalah aku


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

setiap orang dilahirkan dengan sikap dan perangai yang berbeza-beza.. tak ada orang yang sama... walau da pun, tak semuanya sama... pasti ada yang perbezaan antara satu sama lain walaupun perbezaan itu hanya kecil...

aku.... tetap aku..
dan aku tak kan pernah jadi orang lain..

aku tak kisah apa orang nak ckap pasal aku.. yang penting, aku tahu ape yang aku buat ada lah btl.. hahhah.. walaupun kadang2 tu, x lah betul sngat..

setiap kali aku pusing ke belakang, mesti pelbagai soalan yang singgah kat fikiran aku.. knpa aku buat mcm 2?? knpa aku pilih yang 2?? knapa aku x pilih yg 2?? knapa , kenapa dan kenapa...and plbagai cara aku buat untuk mcari jawapan untuk smua soalan 2.....

smpaikan aku ta sedar yang sebenarnya jawapannya sudah jelas brada dihadapan aku.. jawapan yg xkan pernah berubah walau berjuta cara aku ambil untuk megubahnya..
iaitu...
"kerana aku adalah aku..."

cuba korang fikir sejenak..
kalau aku adalah orng lain... mungkin aku x kan buat keputusan mcm aku dh buat dulu... btl x???

kalau aku orng lain... mungkin aku bkn mcm aku skang..

so, ape2 je yang kita buat.. kita tetap kita....
percaya pada diri kita... yakin dengan ape yg kita buat..
jgn tkut untuk mencuba... jgn pernah lelah untuk mencabar diri kita...
sebab, 2 boleh mematangkan diri kita.. semakin bnyak pegalaman yg kita dapat.. smakin kita yakin dngan diri kita..


jadikan pegalaman itu sbagai pagar untuk megelakkan kita mgulangi kesalahan yang sama...
jadikan kegagalan itu sbagai kekuatan untuk kita tempuh kejayaan...
jadikan kesilapan itu satu pengajaran untuk kita belajar mencari kebenaran...
jadikan kelemahan itu sbagai satu kelebihan untuk kita meneruskan kehidupan..

aku pernah buat salah.. biasalah.. manusia kn.. x kn lari dari melalukan kesalahan..
tapi atleast, aku cuba untuk memperbaiki diri aku...

aku harap, korng pun sma k...
senyumm.......
:)

ok lah... itu je perkongsian untuk mlm nie... lau aku ada masa ag.. aku berceloteh ag..
hehhee
hope, korng x boring..
biasalah..
nie la princess masya..
aku.. tetap ku...
:)
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini