Princess Princess: berwajah baru...:)

Friday 30 March 2012

berwajah baru...:)


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

cantik x blog aku yg br nie???
dulu blog aku warna pink..tapi skrng, warna hijau + putih plak..
sebenarnya.. mmg aku suka warna hijau gan putih nie dri dulu lagi.. tapi masa nk buat blog dulu x tahu nk ubah camne coz tulisan dia warna pink.. x tahu nk ubah kat ne tulisan 2... trima je la blog aku warna pink... huhuh
tapi nasib baik ada kwan aku sorng nie... dia pndai edit2 blog.. coz dia pun ada blog jgk.. hhehe...
dia la yg tkar blog aku nie jdi warna hijau gan putih coz dia tahu aku suka warna hijau 2... 1 lagi coz aku duk bisng2 kat dia sruh tlng tukar.. hahhahhaha

korng tahu x ape rahsia di sebalik warna hijau n putih nie??? kpada sesiapa yg minat warna hijau mesti tahu kn.. btl x??
k la.. kpada sesiapa yg x tahu 2, aku nk kongsi2 la sedikit info nie...

warna hijau...

1. mereka yg meminati warna hijau biasanya mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

2. Memandang warna hijau boleh membantu kesihatan mata.

3. Hijau adalah warna yang disukai oleh Rasullah s.a.w.

4. sayuran hijau lebih baik berbanding sayuran putih.

5. Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

6. seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

7. melambngkn adanya 1 keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. mempunyai keperibadian yg tegas, berprinsip dan berkuasa. warna ini mempunyai sifat rasa bangga, perasaan lebih hebat, dan mengatasi org lain. org yg meminati warna hijau nie, biasanya suka dipuji dan mudah menasihati org lain.

8. lelaki yg meyukai warna hijau biasanya seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

9. warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

10. Wanita yang suka warna hijau adalah seorang yang subur dan damai,cintakan kebahagian,tidak suka perang,patuh pada agama,teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

11. menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

12. seorang yang tenang dan tak banyak kerenah tetapi memiliki sikap yang cemburu, romantik dan baik hati orangnya.

13. Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.


warna putih....

1. bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

2. seorang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

3. lelaki yg meminati warna putih melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

4. jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

5. seorang yang amanah dan jujur orangnya.

6. Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan, ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan.

7. Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna puteh ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

so, itu je info yg aku dpt.. hehhe kalau korng ada yg nk tmbh, sila2 kan komen k.. aku sngat mengalu2kn...
k lah.. jumpa di lain masa..
assalamualaikum...:)
Terima Kasih Baca Entry Saya Yang Tak Seberapa Ini

2 comments:

eiwaSD said...

hohohoho...suke plak sy tgk blog awk nih...by the way, awk dh follow blog sy ke blum? hahaha

princess masya said...

dh3.. hheheh
dh follow dh.. jgn risau k..
hehhehe